PROGRAM IMMERSION GURU 2010

Sunday, May 23, 2010
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Daerah Kulai menganjurkan Program Immersion Guru 2010. Program ini bermula dengan satu taklimat khas pada 20hb.Mei 2010. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Hj.Che Mustappa bin Che Ismail, Penolong PPD Teknik dan Vokasional. Majlis Taklimat telah diserikan degan kehadiran Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai, En.Anuar bin Jais, Penolong PPD Bahasa, Pn.Noraini Mohd.Nor, Penolong PPD Sains dan Matematik, En.Zulkifli bin Sulong, Penolong PPD Kemanusiaan, En.Rozani bin Mohamad, Penyelia Pendidikan Islam, Pn.Kalthom binti Abd.Rahman serta Pengetua Kanan SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Pn.Hjh.Siti Inshah binti Mansor.
Seramai 22 orang Guru Cemerlang telah dilantik sebagai Rakan Immersion

( RI ) dan 49 orang guru telah dipilih sebagi Rakan Kongsi Immersion ( RKI ) . Program ini akan dilaksanakan mulai 21 Jun 2010 dan dijangka tamat pada 29 Julai 2010. Program ini diharap dapat meningkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P ) matapelajaran terpilih dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran Pedagogi guru khususnya guru-guru daerah Kulai.

0 comments:

Post a Comment

 

Browse