ANUGERAH KHAS SAMBUTAN HARI GURU

Friday, May 28, 2010

Tahniah kami ucapkan kepada Puan Maznah bt Hussin (Guru Cemerlang Pemulihan) kerana telah menerima anugerah khas daripada PPD Kulai pada Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kulai pada 26 Mei 2010 yang lalu kerana kecemerlangannya dalam program pemulihan . Tahniah dan syabas puan!!!!.

KURSUS MEMBINA BLOG SIRI 2

Thursday, May 27, 2010




Kami ketua-ketua mata pelajaran telah datang dan berkumpul semula di STARP untuk meneruskan perjuangan menyiapkan blog mata pelajaran kami. Hari ini target fasilitator kami adalah untuk menyiapkan KEEP AND SHARE. Adakah ianya akan berjaya ??? Kita tunggu sehingga selesai kursus ini pada pukul 4.30 petang.

BENGKEL BINA BLOG FASA 2

Tuesday, May 25, 2010
Bengkel Membina Blog Majlis Guru Cemerlang Daerah Kulai Fasa 2/ 2010 akan dilaksanakan pada hari Khamis, 27hb.Mei 2010 jam 2.00petang bertempat di Makmal Komputer, SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya. Semua peserta yang tidak terlibat dengan sambutan Hari Guru peringkat daerah Kulai diwajibkan hadir. Semua GC terlibat dikehendaki mengemaskini blog masing-masing terutama bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikongsi bersama guru-guru di sekolah-sekolah daerah Kulai. Jasamu GC pasti dikenang...Jika tidak dikenang, Insyallah Allah pasti membalas.

PROGRAM IMMERSION GURU 2010

Sunday, May 23, 2010
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Daerah Kulai menganjurkan Program Immersion Guru 2010. Program ini bermula dengan satu taklimat khas pada 20hb.Mei 2010. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Hj.Che Mustappa bin Che Ismail, Penolong PPD Teknik dan Vokasional. Majlis Taklimat telah diserikan degan kehadiran Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai, En.Anuar bin Jais, Penolong PPD Bahasa, Pn.Noraini Mohd.Nor, Penolong PPD Sains dan Matematik, En.Zulkifli bin Sulong, Penolong PPD Kemanusiaan, En.Rozani bin Mohamad, Penyelia Pendidikan Islam, Pn.Kalthom binti Abd.Rahman serta Pengetua Kanan SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Pn.Hjh.Siti Inshah binti Mansor.
Seramai 22 orang Guru Cemerlang telah dilantik sebagai Rakan Immersion

( RI ) dan 49 orang guru telah dipilih sebagi Rakan Kongsi Immersion ( RKI ) . Program ini akan dilaksanakan mulai 21 Jun 2010 dan dijangka tamat pada 29 Julai 2010. Program ini diharap dapat meningkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P ) matapelajaran terpilih dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran Pedagogi guru khususnya guru-guru daerah Kulai.
 

Browse