SENARAI NAMA GURU CEMERLANG DAERAH KULAI KE PERSIDANGAN MGCJ DI PASIR GUDANG PADA 22-24 APRIL 2010

Thursday, March 25, 2010

SENARAI NAMA GC KULAI KE PERSIDANGAN MGC PADA 22 & 23 APRIL 2010

BIL

NAMA

SEKOLAH

GRED

MATAPELAJARAN

1.

GINAWATI BINTI HJ.RAJI (P)

SMK INDAHPURA 1, 81000 KULAI JAYA

DG48

SEJARAH

2.

HAMSARI BIN AMIR (L)

SMK KOTA KULAI, 81000 KULAI JAYA

DG44

KHB

3.

FAUZIAH BINTI DAMAN (P)

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, 81000 KULAI JAYA

DG44

MATEMATIK

4.

HAMDAN B HUSSIN (L)

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, 81000 KULAI JAYA

DG44

BAHASA MELAYU

5.

MOHD.NOR BIN BEDRAN (L)

SMK KELAPA SAWIT, 81000 KULAI JAYA

DG44

PEND.SIVIK & KEWARGANEGARAAN

6.

MAHANI BINTI HANIPAH (P)

SK BANDAR PUTRA, 81000 KULAI JAYA

DGA32

BAHASA MELAYU

7.

DEVAKI A/P PONNAN (P)

SK SENAI, 81400 SENAI

DGA32

BAHASA INGGERIS

8.

RAJA SHAHRUDDIN BIN RAJA ABDULLAH (L)

SK LKTP SUNGAI SAYONG, 81000 KULAI JAYA

DGA32

MATEMATIK

9.

ROHANI BINTI MOHYIN (P)

SK SENAI, 81400 SENAI

DGA32

BAHASA MELAYU

10.

SUHAILA BINTI MOHMAD SAIRAJI

SK TAMAN KOTA KULAI 2, 81000 KULAI JAYA.

DGA32

SAINS.

UCAPAN TAKZIAH DARIPADA WARGA MGC KULAI

Wednesday, March 24, 2010
Kami warga MGC Kulai ingin mengucapkan takziah kepada keluarga waris Tuan Haji Abdul Rahman bin Juli yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Mac 2010. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah.
Al-Fatiha.....

BENGKEL MEMBINA BLOG MATAPELAJARAN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAI







Hari ini dalam sejarah (25 Mac 2010) hari gaji he.. he........



Program pertama MGC Kulai telah berjalan mengikut apa yang dirancang. Ketua-ketua GC bagi setiap matapelajaran telah dipanggil untuk membina blog matapelajaran masing-masing agar dapat dipaut dengan blog utama MGC Kulai. Semoga anda semua berjaya dan dapat menghasilkan yang terbaik.






SENARAI NAMA GC UNTUK BENGKEL MEMBINA BLOG MATAPELAJARAN

Tuesday, March 23, 2010

BIL

NAMA

MATAPELAJARAN

SEKOLAH

1

GINAWATI HJ.RAJI

SEJARAH

SMK INDAHPURA 1

2

WONG YAK CHOON

B.CINA - SM

SMK BANDAR PUTRA

3

ZABEDAH JAMURI

B.INGGERIS – SM

SMPK VOKASIONAL INDAHPURA

4

LETCHUMY A/P SUBRAMANIAM

B.MELAYU - SM

SMK TAMAN PUTRI

5

LEE YEE YEONG

BIOLOGI

SMK SULTAN IBRAHIM

6

LEE WAI SIEW

KIMIA

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

7

HAFIZAH ABD.WAHID

MATEMATIK - SM

SMK KELAPA SAWIT

8

HAMSARI AMIR

KEMAHIRAN HIDUP

SMK TAMAN KOTA KULAI

9

ROKIAH OSMAN

GEOGRAFI

SMK BANDAR PUTRA

10

LIM SEK LEE

PJPK - SM

SMK TAMAN PUTRI

11

ISWANI SANIP

PERAKAUNAN

SMK SERI PINANG

12

HUSLIZA HUSIN

SAINS

SMK INDAHPURA 1

13

MOHD.NOR BEDRAN

PEND.SIVIK & KEWARGANEGA- RAAN

SMK KELAPA SAWIT

14

LOO CHEW KENG

B.CINA - SR

SJK ( C ) SENAI

15

MUHAMAD SMAIL

B.MELAYU - SR

SK INDAHPURA 1

16

NYANAMAH A/P SAYSU

B.TAMIL - SR

SJK ( T ) LADANG KULAI BESAR

17

ROHAIDA MOHD.PAYENG

MATEMATIK - SR

SK KULAI 1

18

ZAINI JAMIL

PJPK - SR

SK BANDAR TENGGARA 2

19

MOHD.ZUKRI ABDULLAH

PEND.ISLAM

SJK ( C ) SENAI

20

SUHAILA MOHD.SAIRAJI

SAINS

SK TAMAN KOTA KULAI 2

FASILITATOR : 1. FAUZIAH DAMAN

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

2. MAHANI HANIPAH

SK BANDAR PUTRA

BENGKEL MEMBINA BLOG MATAPELAJARAN MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH KULAI

Bengkel membina blog matapelajaran akan diadakan pada 25hb Mac 2010 ( Khamis ) mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Makmal Komputer, SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai. Guru Cemerlang yang terlibat hanya seramai 22 orang sahaja. Harap maklum.

SELAMAT BERTEMU KEMBALI.......

Wednesday, March 10, 2010


Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Kita bertemu lagi di tahun 2010 dengan azam dan harapan baru. Amacam gc semua ? Ada baik ? Dah mulakan langkah pertama di sekolah kalian ? Marilah.... kita berkongsi idea. Mana tahu idea gc boleh digunakan di sekolah kita pulak. Bukan nak ciplak idea tapi..... tak salahkan kalau benda yang baik kita berkongsi bersama. Calling-callinglah.......

MESYUARAT PENYELARASAN MGC KULAI KALI PERTAMA


Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga kami mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Majlis Guru Cemerlang Kali Pertama walaupun sudah masuk bulan ketiga sesi 2010. Minta maaf kepada semua ahli MGC Kulai kerana kelewatan ini. Terima kasih kerana sudi hadir kepada semua yang dapat hadir pada hari ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa mesyuarat diadakan pada hari Rabu 10 Mac 2010. Bukan apa AJK-AJK MGC Kulai mempunyai banyak komitment lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.Sebelum terlupa esok, 11 Mac 2010, keputusan SPM akan keluar. Amacam GC sekolah menengah. Berdebar-debar tak ? Semoga Kulai berjaya meningkatkan prestasi dan berada di rangking yang lebih baik.







KENANGAN BERSAMAMU (KURSUS MEMBINA BLOG MGC NEGERI JOHOR)

Thursday, March 4, 2010

Inilah barisan guru-guru cemerlang yang bersusah payah berusaha membina blog (siri 1) daerah masing-masing. Hasilnya cuba anda saksikan. Daripada tidak tahu apa-apa tetapi akhirnya dapat membina blog yang em...... bolehlah dibanggakan. He..he...
Wau.... bergaya semuanya.

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI JOHOR


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU CEMERLANG

Peranan dan tanggungjawab GC adalah seperti berikut;
1. Membuat perancangan pengajaran , melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembanguan diri pelajar mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.1 Menyediakan Rancangan Pengajaran berasaskan peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan ) 1997, kurikulum Kebangsaan dan surat-surat pekeliling berkaitan.
1.2 Mengajar mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang ditetapkan mengikut garis panduan dan tahap kebolehan pelajar.
1.3 Merancang dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
1.4 Menentukan status semasa pencapaian (Take-Off- Value) setiap pelajar dalam mata pelajaran kepakaran dan menetapkan sasaran pencapaian akademik setiap pelajar yang diajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.5 Mengamalkan kaedah/strategi pengajaran dengan mengguna pakai atau menghasilkan pelbagai bahan pembelajaran dan pengajaran yang terkini , kreatif, inovatif, menarik dan berkesan.
1.6 Mengenal pasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap pelajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.7 Menyediakan program pengayaan untuk pelajar cemerlang dan pemulihn bagi pelajar yang berpotensi rendah.
1.8 Memantau kemajuan pencapaian akademik setiap pelajar yang diajar.
1.9 Menyediakan laporan dan mengnalisis kemajuan setiap pelajar yang diajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.10Menyampaikan laporan kemajuan pembelajaran pelajar yang diajar kepada pengetua, ibu bapa dan pelajar.
1.11Menyediakan Jadual Spesikasi (JSU) pentaksiran dan penilaian bagi mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.12Menjadi ahli badan profesional yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran (jika ada).

2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.1 menjadi ahli panitia dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.2 Menjadi pakar rujuk mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.3 Membantu mengatasi kelemahan dan membimbing pelajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.4 Menyelaras penyediaan rangcangan strategik, tatikal dan operasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.5 Merancang dan menjadi fasilitator dalam bengkel peningkatan profesionalnisme guru khasnya dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.6 Menjadi penasihat persatuan akademik mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.7 Merancang dan melaksana aktiviti kokurikulum yang boleh membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.
2.8 Menyediakan laporan kemajuan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum, mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.

3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat , dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
3.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti perkembangan staf bidang kurikulum dan kokurikulum dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
3.2 Menjadi mentor kepada guru dalam bidang pedogogi khususnya berkaitan dengan strategi pengajaran.
3.3 Member maklum balas tentang kemajuan guru yang dibimbingnya kepada pengetua/ pengarah dan guru berkesan.
3.4 Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran yang memerlukan kepakarannya.

4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang hasilnya.
4.1 Menjalankan kajian dan/ atau inovasi dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususannya.
4.2 Menghasilkan penulisan/artikel berkaitan pendidikan khasnya dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan menghantara satu salinan kepada bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.1 Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang diarahkan dari semasa ke semasa dengan kebenaran Pengetua/ Ketua Jabatan.

6. Am
6.1 Bertanggungjawab memaklumkan secara rasmi sebarang perubahan dari segi pertukaran jawatan, penempatan dan apa juga perubahan daripada status perkhidmatan kepada Bahagian Sumber Manusia, Jemaah Nazir Sekolah Ibu Pejabat dan Negeri.
Objektif kenaikan pangkat Guru cemerlang adalah;-
- Memberi pengiktirifan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang
pengkhususan masing-masing.
- Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran.
- Menjadikan GC role model kepada guru lain.
- Menungkatkan motivasi guru.- Meningkatkan kecemelangan sekolah dengan berkongsi
pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
- Memperluas peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
- Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau
bertukar ke jawatan pentadbiran.
- Menyediakan peluag untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast
track), khas Untuk Penyandang (KUP).

29 FLGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR

Wednesday, March 3, 2010

29 FLGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR
1. Johor Top 5 dalam Peperiksaan Awam.
2. Kepimpinan Instruktional.
3. Program Headcount Akademik.
4. Perancangan Strategik 2009 – 2011.
5. Kepimpinan Tranformasional.
6. Menjana Kepimpinan Pertengahan.
7. Satu Guru satu Kajian Tindakan.
8. Head Count Kehadiran Murid.
9. Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
10. Program E-Bank Item.
11. Program immersion.i- Pengetua.ii-Guru Cemerlang.
12. Program Perkembangan Staf/Sumber Manusia.
13. Pembudayaan Ilmu.
14. Program D-Pemulihan.
15. Membangunkan SABK Cemerlang.
16. Pemantauan Berfokus.
17. Dasar Kepimpinan melalui 5 fasa kepimpinan (3 tahun di satu sekolah).
18. Program Inovasi dan Kreativiti.
19. Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008 di sekolah.
20. Pembangunan Disiplin/Sahsiah Unggul.
21. Program Khidmat Bantu Guru.
22. Sifar Audit Berteguran.
23. Mengutamakan Kebajikan Guru.24. Dasar RK 50% Cemerlang.
25. Pelaksanaan KPI kepada semua pegawai dan staf.
26. Pembangunan Pusat Sumber.27. Mengembalikan Kecemerlangan Sukan di sekolah.
28. Pinch.
29. Transisi Pendidikan Khas

KURSUS MEMBINA LAMAN BLOG SIRI 2





Kami berkumpul semula....... Itulah tanggungjawab yang diberikan kepada semua setiausaha dan penolong setiausaha mgc daerah masing-masing.Kami (Puan Fauziah dan Puan Mahani) telah berkumpul di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor bermula 4 hingga 5 Mac 2010. Fungsinya untuk apa? Hanya untuk menyiapkan dan menyediakan blog terbaik bagi semua MGC daerah masing-masing.
 

Browse