PROGRAM IMMERSION GURU 2010

Wednesday, June 30, 2010
Salam Sejahtera. Kepada semua Guru Cemerlang daerah Kulai yang terlibat dengan Program Immersion Guru 2010. Sepanjang minggu pertama program berlangsung, terdapat beberapa perubahan mentee dan mentor. Ini disebabkan berlaku perubahan subjek yang diajar oleh mentee serta beberapa ketidaksuaian yang lain. Sebarang perubahan nama mentee atau mentor hendaklah dimaklumkan kepada Setiausaha MGC Kulai dengan kadar segera.

PERSIDANGAN GURU CEMERLANG NEGERI JOHOR

Sunday, June 27, 2010
Salam Sejahtera. Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor akan diadakan pada 1 dan 2 Julai 2010.Daerah Kulai akan diwakili oleh 10 orang Guru Cemerlang. Senarai peserta persidangan telah dipaparkan sebelum ini. Para peserta dikehendaki mendapatkan maklumat terkini persidangan di blog Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang. Ini termasuklah Mesyuarat AJK Persidangan, waktu pendaftaran serta aturcara persidangan.Surat jemputan ke persidangan juga boleh dimuaturun dari blog ini.Setiap peserta dikehendaki membayar sebanyak RM120.00.Harap maklum.
 

Browse