Majlis Jasamu Dikenang

Tuesday, September 28, 2010

Majlis guru cemerlang daerah Kulai akan mengadakan Majlis "JASAMU DIKENANG" dan Pelancaran Blog Majlis Guru Cemerlang Daerah Kulai. Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 30 September 2010 (Khamis)

Masa : 1.30 Petang
Tempat : Hotel Sayang Desamas, Kulaijaya.
Pakaian : Batik

Semua guru cemerlang diminta mengemaskini blog masing-masing sehingga tarikh terkini 29 September 2010. Kehadiran semua guru cemerlang diwajibkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Ginawati Pengerusi Majlis Guru Cemerlang Daerah Kulai.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Saturday, August 7, 2010
Kami, selaku Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang Daerah Kulai ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua guru cemerlang yang beragama Islam. Semoga pada bulan Ramadhan yang mulia ini kita peroleh lebih hidayah dan barakah serta sentiasa berada di bawah lindungannya.Amin....

GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN PROGRAM IMMERSION 2010













PROGRAM IMMERSION

Friday, August 6, 2010
Tahniah diucapkan kepada semua gc yang terpilih kerana telah berjaya menyudahkan amanah yang diberikan bagi melaksanakan Program Immersion bagi tahun 2010 ini.Kepada sahabat-sahabat immersion terima kasih kerana memberi kerjasama yang sangat baik. Dari komen-komen yang diberikan oleh sahabat immersion semuanya positif belaka walaupun pada awalnya ramai yang tidak berpuas hati. Manakan tidak .. ingatkan bila dah posting tak kena lagi pemantauan . Rupanya..... Apapun ini semua rezeki masing-masing. Fikir positif sahaja agar kepala tidak sakit dan tidak membebankan. Kalau cikgu-cikgu memang mengikut prosedur mengajar yang sebenar.. apa nak risau. Betul tak???

KOLEKSI GAMBAR SEPANJANG PROGRAM MGC JOHOR.

Friday, July 2, 2010




























































































PERSIDANGAN MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI JOHOR



Seramai 10 orang guru cemerlang Daerah Kulai telah diberi kepercayaan untuk menghadiri Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor yang telah diadakan di Hotel Selesa, Pasir Gudang pada 1 dan 2 Julai 2010 yang lalu. Pelbagai pengisian yang sungguh mantap dan relevan telah dibentangkan dan diperdengarkan oleh pembentang-pembentang yang sungguh berpengalaman . Kami berharap wadah- wadah ilmu yang kami terima sepanjang dua hari itu dapat dikongsi bersama rakan-rakan guru cemerlang yang lain.


 

Browse